Kini, telefon pintar
dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari
golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau
telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan
urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan
kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ?
Antara kebaikan
telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan.
Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan
berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak
langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi.
Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan
hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi
dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak
langsung,semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah
dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga
akan menjadi erat dan bertambah mesra.
Selain itu, telefon
pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada
masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat
kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing.
Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja
boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di
akses dengan cepat dan mudah.
Telefon pintar juga
boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki
telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada
bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang
dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang
mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan
remaja bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.
Walaupun, telefon
mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap
wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon
pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan
memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan
berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan
atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula
penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran
wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap
bulan yang sepatutnya boleh digunakan
untuk perkara yang lebih berfaedah.
Selain itu, aplikasi
hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak
yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat
apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang
mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini.
Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap
masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada
melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan
telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada
sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau
alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika
tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan
fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak
negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu
perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteVery useful
ReplyDelete"pada masa ini"..perenggan 3..takut nnti org lain pun tarsalah..
ReplyDelete"pada masa ini"..perenggan 3..takut nnti org lain pun tarsalah..
ReplyDeleteNice
ReplyDeletegood for my oral thanks :3
ReplyDeleteBanyak sudah kisah keje kolah
ReplyDeleteThanks you
ReplyDelete